Raya dah dekat !

Assalamualaikum wbt.


Hai semuaaaaaa ! Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Sempat ke aku ni ke Ramadhan yang seterusnya ?Sekejap je rasa. Lusa nak raya dah. Hantu semua terlepas laaa malam raya nanti. Haish sibok je nak raya jugak. Padan muka kena ikat boooooooo  =p
Hmm tahun ni raya kat sini je. Balek Dungun raya ke-2 kot, bukannya ada orang pun. Ish tak suka ah raya sekarang, tak meriah macam dulu. Aku rindu masa dulu. Masa nenek dengan tok ki ada lagi. Aku rinduuu :'(
Sekarang ni tak rapat dah dengan cousin semua, mak sedara, pak sedara. Boleh lagi ke raya macam dulu ? I don't think so. Semua buat hal masing-2. Nasib baik belah mak aku still macam biasa, takdok eh sombong-2 ni. Sepupu-2 pun rapat je, hey meriah la nantiii. Dah bertambah cucu tok wan hahaha. Tapi macam biasa ah, kecoh ah rumah tokwan dengan budak-2 laki yang asdfghjkl. Sibuk maen kejar-2 la apela. Kalau aku marah mula ah cakap aku ni singa. Haish sabor je aku. Memanglah kami berlima anak dara ni tak main sama. Kena buat kerja hahaha kadang-2 lari jugak daripada buat kerja rumah ni hehe. Even Ika tu cuma sepupu angkat aku je tapi kami rapat. Daripada sepupu betol yg belah ayah aku tu. Hmmm memang tak ahhhh. Aku sebagai cucu sulong ni mesti tunjukkan teladan yg baik.*ceh ayat. Mesti bersopan santun, rajin, bertanggungjawab. *err bersopan santun tu InsyaAllah hihi. Aku ni takdelah ayu sangat macam senah kat kampung tu. Tapi jangan risau ye bakal mak mertua di luar sana tu. Saya taklah kasar sangat, cuma tak lembut *eh ayat macam bukan orang Malaysia. Ah takpe ah. Janji aku ni masih ikut fitrah. Alhamdulillah. K ah, nanti nak masak untuk berbuka puasa. *tolong umi je padahal. Gambar raya InsyaAllah akan diupload nanti. Tak janji k, kalau takde aral lintang pukang aku upload. K babaiiiiii  ;D




Thanks For Reading Yaww :)

0 Chatting(s):