Assalamualaikum wbt.
Raya dah dekat !
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Abah oh abah
Assalamualaikum wbt.
Hai ! Salam Jumaat dan Salam Ramadhan :) Selamat pagi . Hmm Hari ni dah masuk hari ketiga puasa. Alhamdulillah Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan lagi. Semalam first time berbuka puasa dengan family terchentaaaaa untuk tahun ni. Tok Wan pun ada sekali. Dan rasanya sangat awesome. Bahagia sangat ! :') Then pergi terawih kat masjid batu 2 1/2. Nasib baik Imran tak menangis kena tinggal. Memanglah tak menangis sebab dapat main game. Sampai habis bateri laptop aku ni . -,- Pastu dia sibuk mintak tali cas laptop aku. Mula-2 aku tak faham amendelah tali cas tu. Rupanya wayar,dia nak charger laptop je. Suka hati dia je panggil wayar tu tali. Hahaha takpela budak-2. Malam tu aku tengok tv. Dah takde sangat cerita best aku tengok ceria. *bukan aku yg tukar, Imran punya kerja. Lepastu aku teringat ada benda aku nak tanya abah and umi. Aku bagilah pemplet tu. Aku tak tahu nak ambik kos apa lepas SPM nanti, sungguh sampi sekarang aku tak tahu cita-2 aku sebenarnya apa. Teruk kan ? Aku tanya abah aku. 'aboh, dok tahu la nok ambik mende ekgi.' abah ,'jadi cikgu'. aku, 'aaaaa dok minat. dok reti nok ngajor orang'. Dahla dia tak baca sangat pun pemplet yg aku bagi tu. Sekali lagi abah aku cakap ,' jadi cikgu jelah,eh ?' Aku pun cam asdfghjkl memang dari dulu tak pernah terlintas nak jadi cikgu. Hmmm mak aku tak cakap apa-2. Dia mengiyakan je.Aku pun redo. Kawan-2 aku pun semua cakap aku ni akan jadi ustazah. Ustazah rock. Cukup 40 kali memang termakbullah kan. Aku kena tentukan sekarang ah ni. Ya Allah ,berilah petunjuk kepadaku. So kesimpulannya, belajar dulu apa-2 hal belakang kira. Duduklah mana-2 pun asal jadi manusia berguna -Kak Yam-
#Tapi kalau takdir aku jadi cikgu, aku nak ajar subjek Bahasa Arab. Jadi ustazah la aku nantiii hahaha xD
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Cuti sekolah dah nak habis :'(
Assalamualaikum wbt.
Hai awak semuaaaaa ! *muka ceria* Letih sebab baru balek dari library. Macam biasa ah pergi dgn Tilah, Mekyam , Wannor. Sesampainya aku disana aku buatlah addmath. Dan macam biasa jugak, mulut yang terlebih buat kerja dari tangan ahaha. Aku dgn Mekyam ah banyak mengeluarkan berita sensasi. Sensasi la sangaaaaatt ! We're talkative but not Tilah and Wannor. Both of them just hearing our celotehs ahaks ! 5p2m tak siap lagi oemjayyyy ! Memang tu je eh isu terhangat sekarang ? Oh please. Tolonglah sape-sape siapkan modul aku tuuu. Ni semua salah family day ! *eh eh nak salahkan orang pulak* Ahh biar ah. Malaslah aku nak cakap pasal homework. Tu je nak cerita sebenarnya. Nak cerita banyak tunggu ah post laen. Memang kesuntukan masa ni lagi-2 laptop aku sakit teruk, memang parah la kot. Sian dia. Nasib baik ayah aku tinggalkan laptop dia ni hihi. Okeyyy babaiiii ;D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Terperasan perasaan
Assalamualaikum wbt.
Hai awak semua ! Haish susah kan nak puaskan hati semua orang. Tapi bagi aku, memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Biarlah lantaklah orang nak kata apa asal benda yg kita buat tu tak langgar syariat agama. Tak buat Allah murka. Betul tak ? Kalau kita cari sanjungan manusia je kat dunia ni tp Allah murka buat apa. Kat akhirat nanti Allah boleh tolong, manusia boleh ? Tak kan ? Kecuali Nabi Muhammad SAW. Dunia ni dah akhir zaman. Macam-macam benda boleh berlaku. Ajal pun boleh datang bila-bila masa. So aku tak nak la meninggal sebelum mintak maaf dengan semua orang especially dengan sape-sape yg sakit hati / marah / terasa dengan aku. Sesiapa yg sedang baca blog aku ni, aku mintak maaf banyak-banyak. Sama ada aku sengaja or tak sengaja buat korang semua terasa dengan aku. Sorry sorry and very sorry from me. Wasalam :)
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Exam weeks
Assalamualaikum wbt.
Hai hai semua ! Aku rasa eksaited gila boleh balek ni. Nak nangis pun ada. Terharu :') Haha k dah. Sebab lama aku tak tengok muka umi and abah aku yang tersayanggg :* aku nak tengok puas-puas ah. Dahla minggu exam, ketenangan hati itu amatlah perlu. Sekolah aku je ke yang exam awal ni ? Letih aku tadi dibuatnya.Dahla tadi subjek Bi 2 and Ba 2. Fuhhh memang menguji keimanan la. Malam ni ramai online. Melepaskan tekanan mungkin haha. Twitter and facebook aku biar camtu je. Memang tak la orang rajin nak layan aku kan. Hm takpe, aku redo. Lagipun aku memang tak suka kalau ramai orang online kat twitter. Tah ah aku rasa macam tak perlu kot sebab aku serabut HAHAHA. Exam kali ni kalau sape-sape dapat 6A keatas boleh gi lawatan kat genting. Aku tak harap sangat pun gi genting. InsyaAllah target 7A dulu setakat ni hihi. Laen ah budak tu. 8A pun dia lepas. Memandangkan ni minggu exam, memang TAKLA dia nak layan aku. Ceh sombong gila macam tak pernah kenal. K fine. Ingat ah ingat. Sambil dengar lagu A thousand years ni kan teringat pulak zaman muda-muda dulu HAHAHA. Berangan tak habis ! Ni sebab tengok video Dena Bahrin la ni :3 Tu je kot setakat ni. Aku dah takde idea + malas + ngantuk. Dalam bas tadi takleh tidur pun ! Tak puas hati betul. Budak laki duk bising kat belakang nyanyi lagu jiwang. Dia ingat bas dia sorang ?!@#^& k k dah. Makin merapu dah aku. Babai ;D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Kenduri kendara ;D
Assalamualaikum wbt.
Hai hai uols :D Alhamdulillah. Puah hati aku bersih serumah ni. Tak kisah dah pukul berapa asalkan aku puas hati haha. Memandangkan esok ada kenduri kahwin aku kan. *eh eh berangan* Takla, esok ada kenduri kesyukuran. Buat makan-2 sikit, baca yasin camtu. Ala aku jemput kawan-kawan aku ramai takleh datang. Takpe ah, aku redo je :'( Dan tidak ketinggalan, plaster ! haha of cozla dia dijemput jugak kan mana boleh ketinggalan. *muka gatal* Tapi takkan la dia nak datang, ye ah, mak ayah aku bukan kenal pun mak ayah dia. Tapi kalau dia datang pun takkan aku nak gi layan dia blablabla. Kalau nak gi kat mak dia, ish segan la. Hahaha harap-harap Naqibah ada la datang. Aku nak main ngan dia. *bajet budak tu nak kat aku* menangis anak orang oh hahaha takpe aku baik hati. Setakat wrestling budak-budak ni biasa ah. Sepupu-sepupu aku tak tahulah boleh datang ke tak. Haish kalau mak long jadi tidur sini malam ni mak aiii tergugatla akuu. Harap-harap ah si naim tu tak ikut. Menyampah la dia tu. Ada la tu nak perli aku. MEMALUKAN ! Siap ah dia malam ni aku kurung kat luar HAHAHAHA. Aku nak sangat Nadia datang sini. Lama gila kot tak jumpa dia. Rindunyaaaaa :') Ah lapar lah pulak hihi. Gambar akan diwujudkan di post yg akan datang muahaha xD
Baibai Wasalam ;D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Random update
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah hari ni cerah secerah-cerahnya. Dan Imran belum mandi lagi Sesungguhnya dia sedang khusyuk bermain game yg menjadi kegemarannya dimana ipad la yang menjadi miliknya walau dimana dia berada. *ayat tah pape* Oh ye, teringat pulak kerja karangan Bahasa Melayu yg banyak tu ! Ohmyyy 4 karangan aku kena siapkan ! :o Nasib baik essay dah siap. Kenapalah cikgu bagi sikit sangat homework. Bagilah lagi. Tak cukup ni, alaaa bosan ah camni. Tak best ah cuti takde cuti terancang. Nak sepak tak ? HAHA . Hari ni hari Rabu kan, haaa esok Mekyam nak tido sini. Yes boleh pinjam SI dia hihi. Aku malas buat balik buku log tu. Buat berat beg aku je. Ish tak baik, ilmu tu. Astaghfirullah. Yeay petang ni nak buat trifle ! Nak tak ? Datang ah rumah aku petang ni, baru dapat makan trifle buatan aku yg sedap dan terhangat di pasaran muahaha. Kalau lambat memang tak dapat ah sebab ramai sangat berebut.*cakap besar.aku sendiri pun rasa nak sepak* I love you, baby I'm not a monster. I need you, baby I'm not a monster. Hahaha kbai. Makan dulu. Ada jodoh kita jumpa lagi ye blog yg cantik jelita macam aku . Wasalam ;D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Kong si kong si kong cin li
Assalamualaikum wbt.
Heyya ! Saya cuti seminggu ! Hooray ! Terima kasih kepada pengetua yg baik hati memberikan cuti kepada kami. Tocey tocey. Tapi kena ganti ah. Ah tak kisah a tu. Ganti sekolah bukan belajar pun, biasa buat gotong-royong. Pastu dapat makanan free. Ha yang tu memang aku suka haha. Tapi kebanyakan sekolah cuti sampai harini je. Sekolah aku yg cuti lebih-2. Bajet ada orang Cina kat Kaka muahaha. Oh ye, plast3r pun cuti sampai harini. Dia dah balek hostel. Goodbai ! Haish aku tak puas hati lagi ni. Kalau dengan aku memang menyampah gila cara dia reply tweet, siap perli lagi. Nanes kua hinus. Kalau dengan orang lain mak aiii kemain lagi, lagi-2 ngan perempuan. Memang aku rasa nak sepak laju-2 ah dia tu. Eleh bajet nak elakkan diri dr aku konon. Ni bukan main mesra + gedik ngan pompuan lain ni ape cer ? Memang aku tak kisah langsung dia nak elakkan diri dr aku, nanti lagho semua tu kan. La taqrobu zina. Tapi aku heran dgn pompuan lain kemain lagi. Nyampah gila tengok dia tweet. Ah lantak dia ah. Cakap tak serupa bikin. Oh ye, malam ni rumah aku buat solat hajat. Datanglah beramai-ramai hahaha. K dah aku kena kemas-2 rumah ni. Tatatititutu :D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Maria Elena and Asfirdaus
Assalamualaikum wbt.
HAHA Qyla nak sangat tengok raikan cinta yg episod Maria Elena and Asfirdaus. Tapi apakan daya, dia dah selamat sampai ke sekolah tercinta. Awal gila kot kena balek asrama. Tu pun sebab dia ada kursus mpp cam tu ah 3 hari. Sian Qyla, takpe aku tolong rekodkan *over rajin la pulak* .
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
NZplast3r96 ;)
Assalamualaikum wbt.
Untuk dia hey ! untuk dia hey ! HAHA tadi baru lepas tengok cite Ha kan dah kena ! Memang ah dia tiru cite Just for laugh tapi best, kelakar oh xD Tadi Sweet prank Sleeq haha gelabah kau masa Sweet pengsan tadi. K dah. Harini aku takde tuisyen oleh itu aku menjalani rutin harian seperti biasa HAHAHA.
![]() |
| Eh eh tetibe ada gamba ni. Ramai orang tanye this is standing for what. NZ tu name aku ah.plaster paster ah.96 tahun aku lahir. Hahaha k dah aku malas nak jawab kalau orang tanye lagi. |
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Unbelieveable :D
Assalamualaikum wbt.
Ye salam sejahtera anda masih bersama saya , eh nak jadi DJ pulak . Biasalah, eksaited tak habis lagi haha. Hari ni aku pergi pustaka awam buat ADDMATH :D Waaah rajin tak hehe. *padahal buat latihan tak sampai 1 muka surat pun* Aku and the geng saja nak buat rajin and jumpa sekali lagi. Tapi kite memang rajin pun kan kan kan. Tahun depan kan SPM, kena la struggle dari tahun ni. Ye dok ? haha perasaan tu tak yah cakap ah memang bercampur-baur macam cepat gila masa berlalu. Padahal aku rasa baru je main nyorok-nyorok ngan 'bucu cerah' bersama budak-budak dan anak-anak jiran aku semalam haha hiperbola sket. *juara ni bab-bab main benda tu* Caye ke tak memang kena terima ah. Wake up Zahirah ! Keluarlah dari alam kayangan kau tu ! Ok ok dah bangun. K back to the story *la ade lagi dia nak cite -,-* Ha lepas gi pustaka tu duk lelama kat situ kitorang lapar pastu pergi makan ah takkan nak tidur kat situ pulak. Solat zohor kat Masjid Sultan Ahmad yg dekat padang astaka tu. Then almost at 2 o'clock we decide to go to the town hoho. Oh masa nak lintas jalan tu Tuhan je tahu perasaan aku macam mana. Aku harap sangat ada orang angkat aku pergi lintas kat seberang. Yes memang aku sempat lagi berangan masa nak lintas jalan tu. Memang kena pegang tangan orang lain ah haha sian orang tu jadi mangsa. Dengan kereta yg banyaknye,laju. Menyeramkan *err aku memang tak berani nak lintas jalan so jangan menghina!* K dah. Lepas tu gi CP. Jalan-jalan blablabla. Gi Casa Limbong pulak sebab ayah aku ambik kat sana. Mek yam pun sama cuma Mek coh je tunggu kat Cp sebab mak dia ambik kat situ. Lagipun kat situ ada pesta buku . Walaupun aku tak berapa minat buku-buku ni semua tapi bila ada pesta buku aku suka ! HAHA tak tahu kenapa ,takdir kot. Aku,Tilah,Mekyam her sister gi ah Casa nak tengok buku-buku kat situ. Kami pencinta buku. Tengah aku pilih-pilih buku tu*eh aku ada beli buku jugak eh* Mekyam cakap dia nak gi MenMen kejap. Tinggal la aku ngan Tilah. Lama ah jugak duk situ. Lepas aku bayar buku-buku yg aku beli aku tunggu Tilah yg dalam dilema nak beli ke tak buku tu. Haish,masalah negara la. Setelah aku pujuk-pujuk dia barulah dia decide nak beli. Kalau tak sampai esok pun dia duk pegang je buku tu. *HAHA kejam doe aku* Tengah-tengah tunggu tu aku tengok la sekeliling, tengok manusia-manusia disekeliling haha. Dan tiba-tiba . Jeng jeng jeng ! Terkesima aku nampak dia haha *over* Banyak kali aku pusing,pastu tanye Tilah betul tak apa yg aku nampak tu . Cey macam drama pulak. Ya Allah tak sangka boleh jumpa dia kat sini ! Keterujaan tu memang ketara sangat la kott. Yela, sape sangka kan haha. Aku nak je tegur tapi dia cam malu-malu je,buat-buat tak nampak aku la. Aku pun pasrah je *tundukkan muka* Masa nampak dia tu, aku tak tahu ah nak respon apa . Speachless. 5 minit lepastu ayah aku pun sampai. Memang sekejap sangat ah boleh nampak dia. Dari dalam kereta aku boleh nampak dia. Oh tengok jugak aku masa aku dah masuk kereta tu. Ingat ke tak nak pandang dah kite ni. *jap nak muntah* Takpela jumpa sekejap pun tengok dari jauh je aku nampak jugak dia. Allah maha mengetahui :) Baru aku tahu dia outing je sebenanya, mak dia pun ada skali tp masa tu ada kat tempat lain. Ish, kalau tak boleh salam dgn mak mentua hahaha. Nak cite tu ah hihi. Keterujaan tu tak hilang lagi ni. Esok ada tuisyen so aku nak tidur. babai :D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Class is over yeay !
Assalamualaikum wbt.
Aku baru balek dari tuisyen kat Taman Chukai Utama. Adalah dalam 10 minit dari rumah aku nak gi sana. Mestilah kena bangun pagi-pagi kan, mandi awal,and breakfast yes. sangat penting walaupun hanya minum madu hoho. Siap-siap lepas tu terus pergi kelas. Cabaran yg paling berat a bagi aku sebab selama ni jangan harap nak bangun seawal ni hehe. Ala biase ah cuti sekolah kan. Sekali sekala nak jugak qada tidur ni lagi-lagi student asrama macam aku ni . Balas dendam ah sebab kat asrama mana boleh tidur camni dengan katil yg empuk lagi selesa lagi melenakan tidur aku. Kau pun sama kan, jangan nak kutuk orang ah. Minggu ni aku tuisyen 2 subjek which are FIZIK and ADDMATH. So lepas ni kalau ada sape-sape nak tanya aku 2 subjek tu, ada masalah ke ape tanyalah aku. Sangat dialu-alukan *berlagak*. InsyaAllah la aku tolong kalau boleh hihi. Sebenarnya aku teramatlah gembira dan sangat lega sebab esok dah takde tuisyen. So aku bolehlah jalani rutin harian aku macam biasa. Sebab aku rasa 4 hari ni macam tak normal je haha. Letih kau tahu. Belajar pun letih, bukan main je letih. Tulah namanya pelajar solehah *tetibe* Alhamdulillah Allah bagi lagi aku kesempatan untuk belajar. Tuntut ilmu ni bukan kat sekolah je tau, kat mana-mana boleh. Orang yg paling cerdik ialah orang yg selalu ingat mati. Sebab apa? Sebab, bila dia ingat mati, dia akan tuntut ilmu bersungguh-sungguh sebab dia tahu Allah boleh tarik nyawa dia bila-bila masa je. Doa lah kpd Allah supaya ilmu yg kita belajar diberkati dan diredai. Biar bermanfaat bagi diri kita dan orang lain.
Ha kan dah tercerita benda lain. Hajat nak cite sikit je pasal tuisyen tu haha. Tu je untuk petang ni . Babai :D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Imran & Naqibah
Assalamualaikum wbt.
Tiba-tiba teringat kat budak ni. I am so gewammmmm dengan dia. Tahun depan dia 4 tahun la, muda setahun dari Imran. Alah Imran tu memang yg kecik sekali tapi dia ganas, nak main dengan dia pun tak best sebab dia suka tiru gaya ultraman. Berangan nak jadi ultraman. Ni ah pengaruh tv. Kalau aku kacau dia sikit mula ah serang aku macam aku ni raksasa konon dia tu ultraman. Nyampah aku. Kalau nampak mainan ultraman sikit-sikit nak beli. Kalau tak memang dia mengamuk ah kat tengah-tengah dunia tu. Malu aku >.< Harap adik sendiri je kalau tak dah lama aku tinggal. Emo ni emo haha. Takdela, aku sayangla adik aku tu. Walaupun nakal tahap *&^%$#@! , kenakalan dia tu la buat orang ketawa, hati tercuit tengok kenakalan dia . K dah. Talking about her, i miss her brother too :3 Hihi. Oh hari tu takut nak gi dekat aku. Asyik tarik tangan abang dia je. Rasa terhina haha. Lama-lama tu baru nak jalan dengan aku, pegang tangan aku. Suwik molek haha. Tapi dia senyap je, padahal kat rumah bising gila. Sampai serabut abang dia tu hahaha. Rindu ah kat dia. Memang aku cubit-cubit ah pipi dia sampai nangis kalau jumpa lepas ni HAHAHA . Aku tak la sekejam tu. Memang tak ah dia nak gi kat aku kalau aku buat camtu kat dia. So aku akan layan dia macam kakak mithali biar dia selalu nak dekat aku hehe.
| Imran |
![]() |
| Naqibah |
Aku sayang dia macam adek aku sendiri :)
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Main hentam
Assalamualaikum wbt.
Blog aku ni memang tak cantik macam aku pun. Eh tak, blog aku ni memang tak cantik macam blog orang lain pun. Itu aku punya suka ah nak buat macam mana pun, dah blog aku kan. Kau baca je bukan kena komen ke pape. Aku malas nak edit-edit ni kau tahu. Ia memerlukan masa yg lama*bagi aku la* Lagipun aku lebih suka macam ni daripada serabut-serabut dengan edit mengedit semua tu. Ha kan dah banyak kata ganda aku guna tu. Geram ni geram. Nanti ah kalau aku panjang umur , banyak masa InsyaAllah aku kasi lawa blog aku ni. Biar berpinar-pinar mata kau hahaha. Aku kalau nak update memang camni ah, tak kisah dah dengan keadaan sekeliling. Asal tercapai hajat aku puas hati. Aku memang sehentam-hentamnya la edit blog ni. Asal aku boleh update sudah. DAN JELAS haha kasi besar biar nampak. Walaupun blog ni tak selawa blog orang lain tapi aku bahagia :D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Selamat tinggal :'(
Assalamualaikum wbt.
Kenapa malam ni aku terlebih rajin nak update blog ? Hmm perasaan teruja tak hilang lagi mungkin haha. Banyak cite aku nak cite sebenanya tapi selalu tercerita benda laen . *tarik nafas dalam-dalam* Ok aku nak cite . Harini takde mesej masuk. Biase ada je selepas pukul 9 malam haha. Rindu pulak kat dia hehe. Pagi tadi bangun-bangun ada 1 mesej oh panjang gila. Terpisat-pisat aku membacanya dengan berkerut-kerut mukaku yg jelita ini. Lepas baca tu aku sambung tidur haha ngantuk sangat kau tahu . Ah kau tak faham macam mana perasaan mengantuk yg amat sangat bagi aku. Tak terbalas olehku mesej itu *kenapa baku sangat ni?* Lepas beberapa minit kemudian aku mengambil keputusan utk bangun dari tidur *nampak sangat malas* HAHAHA aku pun reply la mesej tu . Masa mula-mula aku baca mesej tu otak aku tak boleh nak proses dgn betul lagi so aku baca dgn tiada perasaan sebab otak aku hanya terfikirkan katil . Terkesima aku membaca mesej itu *lap air mata* Tidak kusangka-sangka dia akan berkata begitu hahaha. Dia dah nak pergi pagi tu. Macam nak pergi jauh je padahal dekat Binjai tu je haha boleh sangat aku pergi melawat dia nanti *bajet boleh* Malam baru rasa sunyi sebab biasanya dia ah yg rajin hantar mesej kat aku. Ohmyyy adakah aku rindu kat dia ? *muka berfikir* alah bajet dia ingat kat aku *muka redo* k dah. Lamanya dia pegiiiiii . Nak dekat buka sekolah baru balek rumah. Sebenarnya ayah dia yg tanya nak pergi ke tak kat sana. Dia pun dengan rela hatilah cakap nak pergi. Oh lepas ni berjubah aje la dia kemana-mana *dia yg cakap* berlagak tol hahaha. Balek rumah ni bolehlah makan makanan yg mak kau masak. Kau boleh je sesuaikan diri kat mana-mana kan, aku tahu kau boleh ! duduk sana jangan nano-nano hoho. Selamat belajar . Babai plaster :')
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Perasaan bercampur-baur
Assalamualaikum wbt.
Malam yg cerah di keheningan malam. Tadi hujan sekarang tak. Alhamdulillah aku masih boleh bernafas :') Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya kan ? So, setiap apa yg berlaku even perkara tu buat kau sedih tahap dewa sekalipun , ingatlah Allah sedang mengujimu. Ingatlah yg something good will come after. Jangan ah sampai rasa nak bunuh diri. Memang tak masuk syurga la weh. Masuk kubur pun dah kena siksa. Na'uzubillahiminzalik. Allah tak akan uji hambaNYA melainkan kesanggupannya . InsyaAllah kau boleh hadapi ujian tu sebab Allah tahu kau boleh tempuhinya . Allah maha mengetahui and He is the greatest. Ok kadang-kadang memang kita rasa putus asa sebab tak boleh hadapi ujian Allah. Tetapi ingatlah, Allah sentiasa bersama kita. Kehidupan di dunia hanyalah jambatan untuk ke akhirat. Kehidupan di akhirat kekal abadi. Walaupun kau banyak amalan kat dunia ni, kalau hidup tak diberkati pun belum tentu masuk syurga. Redha Allah sangat perlu utk masuk syurga. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. So kita kenalah buat baik ngan mak ayah kita, bahagiakan mereka, gembirakan hati mereka. Korang semua mesti ah dah tahu kan takkan aku nak list satu-satu macam mana nak dapat redha mak ayah. K anak-anak semua. faham tu ? Aku nak share je ,bukan nak tuju kat sape-sape ke ape eh. Memang aku tak terfikir pun nak cakap benda ni semua dia terjadi sendiri haha . Allah maha mengetahui :)
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Sakit tenat
Assalamualaikum wbt.
Hai selamat malam ! *muka eksaited* berkurun aku tinggal blog ni kan. Laptop aku sakit so kena hantar repair . Bukan kat Kemaman, Kuantan . Kat KL oh sakit tenat mungkin. Kesian dia.Ini semua gara-gara adek-adek ku. Dorang maen game siang malam guna laptop aku ni. Lepas tu bila aku nak guna takleh bukak, sedihhhh T.T . Pastu mula ah saling menyalahi antara satu sama lain*eh betul ke bm aku ni?* Ah aku tak kira aku nak letak password jugak lepas ni HAHAHAHA biar padan muka takleh maen. Sesuka hati je guna lappy aku dahla tak mintak izin. Oh itu sangat mencabar keayuan ku. I wonder kenapa dorang tak guna laptop angah ? Kenapa mesti aku ? Kenapa ?! Ateh pun sama je, pagi-pagi hari dah maen plant vs zombie which is her favourite game haha tak faham aku dia tu. Lepas ni aku memang jaga gila punya ketat la laptop aku ni. Nak sorok kat mana eh biar dorang tak tahu hahaha kejam doe. Takdela camtu , sebagai kakak mithali kena ah bertimbang rasa dan memahami jiwa kanak-kanak *tetiba*. Tapi ! aku tetap akan letak password . muehehe *muka jahat*.
K ah aku nak cite pasal benda laen pulak . *eksaitedla sebab laptop kesayangan dah sihat !*
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Lagu Teman
Assalamualaikum wbt.
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Link blog Alia
Assalamualaikum wbt.
Hahaha ngek gile Alia tukar dia punya link blog . Dah la ada perkaitan antara aku ngan jane . Sungguh aku tak sanggup nak bukak dia punya blog . Hahaha . MEMALUKAN AKU ! Dia tukar sebab aku selalu promote blog dia kat orang , ala dalam kelas je pun . Bagi dia itu satu penghinaan . HAHA . Terbang dengan sayap . Macam unik sikit link blog dia , tu aku selalu sebut tu . Pastu dia selalu marah kalau aku sebut link blog dia tu tau . Hihi . Link blog dia yg terbaru memang terbaeeekk a . zackaliiekalan.blogspot. Ohmyyyy. Memang betul ah dia cakap bila dia tukar yg baru ni aku takkan sebut dah sebab NAMA AKU PON TERLIBAT SAMA ! Aku tak kenal pun sape Ali . Alia sesuka hati sesedap rasa cakap dia tunang aku . Lan tu tunang jane . Tu semua pekerja sekolah kitorang . Siap a mu Ya , tengok a aku bagi sape ke mu . haha . *dendam molek*
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan :D
Assalamualaikum wbt.
Hari ni 1st Ramadhan . Yeay ! I love Ramadhan . Alhamdulillah aku sampai di bulan Ramadhan ni . Harap harap Ramadhan tahun ni lagi bertambah pahala , lagi mantap iman and so on la . Ya Allah Ya Tuhanku , peliharakanlah imanku dan lindungilah aku sentiasa . Aku harap sangat tahun ni dapat puase penuh ( memang takla ) eh mana tahu boleh kann . Hehe . Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan . Eh esok nak sahur la . Nanti kang tak nak bangun sebab ngantuk sangat . Dahla aku ni memang susah nak bangun pagi . HAHA . k bai . Salam Ramadhan :D
Posted by NZplast3r96 0 Chatting(s)




